Monday, June 9, 2008

5 years already

9 june 2003 my firts day start kerja and that's the day for daddy new life. Pagi tu daddy baru balik dari surau and tgh sibuk kemas freezer sebab we all plan nak pergi London for 1 month. Mummy kena hantar mimi pergi kerja sebab my car rosak. Duduk kat office tak sampai sejam dapat phone call from mummy cakap daddy sakit. Terpaksa minta tolong abg mail hantar balik sebab kereta tarak. Sampai2 je daddy dah terbaring, cakap tak paham, muntah2 and crying. I'm clueless but thank god i was not panic. Terus fon 999 minta tolong hantar ke hospital UH BUT tak boleh sebab itu semi private so kena pilih antara GH, Klang hospital and HUKM. Kalau nak hantar ke Uh kena cari ambulance lain yg berbayar but we don't know the number and 999 they don't provide the number. In mind we want fast treatment terus cakap hantar KLang hospital that's the nearest then we wil transfer daddy to UH. Sampai hospital klang aiyooo horror. The Dr said my dad kena SARS! WT.! Okay fine sabar lagi dia terus hantar my dad g wad yang sangatlah cramp. Daddy can still move at that time i wanted to fon along earlier but masa tu kelam kabut sangat. They don't even start any drip ke apa. Senang kata macam daddy terbiar smpi masa time nak tukar pampers dia suruh mummy tukarkan. benggong!. That night i fon along to tell her and daddy grab the fon from me but dia cakap dah tak faham. Last time he prayed duduk abg radzi amikkan air semayang and that was the last time dia semayang duduk. Start from that last night he is coma for 3 weeks. The recovered and till today he can't move neither talk. Syukur alhamdulillah he is still alive tapi sejauh mana daddy punya perasaan sekarang mimi tak dapat nak selami. Siapa boleh imagine 5 tahun terbaring. Hari tu masa beranakkan eusoff mimi terpaksa baring 12 jam pun dah sakit belakang nikan 5 tahun ya allah.Tapi perasaan mimi sangat sedih, marah, kesal dan macam-macam. Banyak benda yang mimi nak buat dengan daddy tapi tak dapat. Mimi rindu sembahyang jemaah dgn daddy. Mimi rindu daddy minta tolong buatkan air teh. Mimi rindu lipat baju daddy. Mimi rindu kita makan hidang sesama. Mimi rindu daddy buatkan breakfast. Mimi rindu daddy panggil chiko and putra for food. Mimi rindu daddy bawa jalan.

Daddy sebahagian semangat mimi tapi bila daddy sakit macam ada satu nyawa dah ditarik dari mimi. Banyak benda yang tak dapat mimi share. Masa konvokesyen mimi daddy tak dapat saksikan, masa mimi nikah, masa mimi lahirkan eusoff, merasa naik kereta mimi and impiankan mimi kita pergi vacation the whole family together. Kita tak dapat... Masa along lahirkan adam dan farah daddylah tok yang paling happy. He wish that we was at nottingham.

Ini kuasa allah kita merancang tapi dia yang menentukan. Allah sayangkan daddy sebab dia takkan beri sesuatu itu kalau hambanya tak dapat tanggung. Setiap hari mimi berdoa agar allah ringankan kesakitan daddy dan mummy. Setiap hari mimi menangis dalam hati atau selepas sembahyang sebab tak tertanggung lihat penderitaan daddy dan mummy. Mimi insaf dan insya allah akan mencontohi mummy menjadi seprang isteri yang sangat setia dan sabar. Pengorbanan mummy pada daddy tak ternilai rasanya. Sanggup bekorban segalanya sosial life, wang ringgit, tenaga empat kerat dan segalanya. Jaga segalanya barang2 keperluan daddy, ubat2, schedule hospital, arrange apoinment. Kalau ikut oarang lain main serah je kat pembantu rumah buat everything but not mummy. She is almost perfect.

Dalam jangka masa 5 tahun ni kita yang sihat dan yang jaga daddy ni boleh menilai siapa kawan siapa sedara dan siapa yang benar2 ikhlas. Alhamdulillah daddy dapat jumpa ramai kawan2 lama dia, sedara mara yang dah lama tak jumpa, anak murid dia dan dapat lihat cucu 3 orang dia.

Pada yang masih ada bapa jagalah dia seperti dia menjaga masa masih merah lagi. Ingatlah tanpa dia kita tak wujud didunia. Mungkin dia garang, tak bertanggungjawab, lalai menjalankan tugas sebagai seorang yg bergelar bapa namun dari dia kita wujud. Hidup ni ada hukum karma.

3 comments:

MRSHUSiN said...

salam mimi...
sayu je baca this entry.
o how i wish tt Uncle Fuad was as he was before.
teringat dulu2, masa arwah atok lamah ada lagi, Uncle rajin dtg rumah, & suka nyakat i tanya ada boifren & bila nak kahwin. hahaha...
also, Uncle lah rajin bagi nasihat especially when he came over the house.
u & auntie R ada wonderful ppl, i truly kagum with how u take care of Uncle. insyaAllah, i too hope tt i will be able to care for my Mummy & Daddy not only masa x sihat, but when they are well, as they have raised me.
as u said, ni semua kuasa Allah, but if u need anything, pls do not hesitate to call me or anyone in the family.
kirim salam kat Uncle & Auntie for me ok?
& kiss ablen jr for me!

iL4na said...

mimi u brought tears to my eyes dear. oh i wish everyday that uncle Fuad is well as he was 5 yrs ago. I still remember the last time i saw him before he is in the current position was waktu i nak fly. he came over and gave me a panduan berdoa book with his message supaya i belajar and tidak melupakan akidah. He's such a great uncle. And adore you anak beranak jaga uncle Fuad. Pahala dunia akhirat mmg tak terkira Mimi. like izan says, don't hesitate to call us for anything. We all satu family akan berlari dtg tolong insyaALlah. huGs to the whole family.

Nur said...

salam mimi..sorry caught up in work. noni mmg admire auntie rokiah sesangat..and of course you, kak fifi & the whole family...if i were u, i'm not sure whether i would be as brave as you sekeluarga..

noni doakan uncle fuad & ur family semoga dipermudahkan segala urusan.have faith mimi..there are blessings in disguise..

uncle fuad was the only one who seems understood the company i'm working with now..he supported me at times when i 1st started work in my company...his caring ways will always remain forever in my heart..and i can see you inherit that virtue from him..

maybe i am so far away, but my prayers will always be with you..

hugs & kisses, from me, sy8 & yana