Friday, June 27, 2008
Pictures
Since i'm not going out for lunch sebab tengah ganti puasa selama sebulan. Tu lah siapa suruh beranak time puasa hehehehe. Lama tu 30 hari aiyooo baru lepas 4 hari another 26 days to go! insya allah sempat.
Tapi berbaloi all the sacrifice last year yelah dengan sakit contraction pastuh terpaksa c-sect. Berpantang selama 2 bulan. Imagine sebulan tak basuh rambut. Makan segala jenis ikan haruan (pati, bakar, masak kunyit, goreng). Tak makan telur selama 2 bulan. Tak minum air sejuk selama 7 bulan. Uishk...Nampak macam seksa tapi demi kebaikan diri sendiri dan demi eusoff.
Bila tengok eusoff semakin bijak hilang semua keluhan. Itulah pengorbanan seorang mak..
Sayangilah mak kita selagi masih ada nanti bila dah tak de barulah nak menyesal tak ke sedih. Ada setengah orang dapat melihat mak diaorang dari kecik sampai diaorang meninggal, ada orang hanya dapat melihat semasa mereka masih kecil, ada dah mengerti maksud kematian, ada sekadar melihat gambar, ada yang sekadar oarang gambarkan wajah tapi agak sedih jika hanya tahu maknya wujud tapi tak dapat hendak gambarkan langsung wajahnya. Tapi itulah ketentuan ilahi setiap yang dia lakukan pasti ada hikmah. Warna kehidupan ini cukup indah pucuk pangkal kita yang memilih warnanya.
Btw yeah esok weekend. Can't wait to see haiqal on sunday.
Friday, June 20, 2008
9 Months Old
Okay back to my handsome young man punya progress. hmmm
- Dia still belum tumbuh gigi tapi kalau bagi pisang, honey dew, mangga etc bebda lembut dah nampak kesan gigi. Or sometimes he will bite my nenen sakit wooo.
- Dah pandai mengemas tarik wayar telefon pernah sekali line internet putus. Pastuh tarik alas meja semua berlambak. Hisap rubber sebab ayah dia tak sedar dia dah bukak stationery jar! ingat ice cream ke?
- Pandai mengamuk kalau dia tengah main kita grab hmmm mulalah mengamuk sekampung.
- Pandai amik hati orang kalau bawa pergi majlis keramaian macam birthday party, majlis kahwin, kematian siapa-siapa dukung pun okay. sengih je...
- Makan a bit choosy he like pisang, apple, celery, carrot, bread, yogurt and his biscuit. Dah pandai minum from sippy cup.
- Bertarik dah laju tu yang sampai jatuh katil lagi hahahahaha.
- Berat dia 10 kg dan dia suka lentikkan badan dia kalau tak puas hati kalau tak kuat boleh terlepas. Pernah sekali masa mimi pegang nak terlepas nasib baik kak J ada dekat kalau tak mmg dah tersembab atas lantai fuh...
- Mulut sangatlah riuh ada je benda dia dok bercakap.
- Pandai berlakon imagine dia boleh menjerit macam esok dah tak de bila nagkat je terus gelak. hai macam ada butang on off lak.
Well that's our beloved Eusoff... harap dia besar jadi anak yang dapat menjaga mummy, ayah, his siblings insya allah, all his toks and most of all jadi seorang islam yang sebenar jangan hanya pada nama.
Present? tak beli sebab dia dah dapat from his uncle. 1 shirt, 1 t-shirt,1 jeans and sepasang kasut. syukur...
Thursday, June 19, 2008
Father's day
How do you celebrate it? I did hand made card for my FIL, daddy and hubby. I took leave on Friday to be fair to my in laws because on Sunday morning i've promise my dad to take him for a ride to Bukit Jelutong. I was a bit nervous but very excited since this is our first time ride as i'm the driver!.
Back to Kajang punya story. When we arived PIL when out rupanya MIL demam aiyooo. Pulak dah air tak de! nasib baiklah air tangki banyak lagi. Tengahari tu MIL belanja makan PIZZA HUT sebab air tak de susah nak masak dan malas nak keluar sebab cuaca panas so telefon jelah. Nyummy as usual i ordered seafood lasagna my favourite. Tapi rasa macam dia kurangkan cheeselah. Lamdek order beef masala.
Petang tu nak dekat maghrib elektriklak tarak aiyooo apalah. Dah la depan rumah hutan banyaklah nyamuk nak stay in panas dok luar nyamuk serba salah. Sian eusoff he was cranky sebab pakai lak sleepsuit manalah tahu tak de elektrik dengan airkan. Sebab masa fon MIL pagi dalam kul 10 dia tak kata apa pun. Dah budak2 yang besar my FIL tak bagi mandi sebab takut air tangki habis hahahaha. Dahlah diaorang dah berpeluh-peluh main kat luar aiyooo. I tetap mandi tak selesalah.
Nasib baik by 8pm elektrik dah ada. Kalau tak memang gelap gelita. Cepat2 sembahyang dan bagi eusoff makan takut gak tetiba air tangki habis susahlak. Nasib baik eusoff tak poo poo. :)
Next early morning around 2.30am baru air masuk tapi sampai ke tengahari air warna kuning. Masa mandikan eusoff tawakal jelah. Taku gak dia gatal2 ke tapi so far alhamdulillah. Petang tu dia dia mengamuk sebab tak cukup tido masa tengahari sebanya dia baru nak terlelap telefon ayah dia bunyi aisey nak memujuk boleg buat hilang sabar so last2 taklah tido main dengan sepupu2 pompuan dia. hahahahha terpaksalah main minney mouse dengan barbie aiyooo. Dah besar sikit tak boleh ek eusoff.
Malam tu my BIL ajak g the curve hmmm okay gak sebab dah lama tak berjalan. Bila dah sampai puchong dia kata pergi one utama. So ikut jelah. Sampai2 parking penuh ya rabbi. Rupanya rezeki si eusoff nak dapat baju dengan kasut! alhamdulillah tak yah beli.
Next morning lak i woke up early sebab nak prepare barang-barang daddy. Alihkan kereta dan kemas kereta. dan mula lipat kerusi roda daddy untuk ikat atas kereta. Pastuh siapkan barang eusoff yelah just in case. Pukul 10.15am off we go. Rumah kunci arghhhh for the first time ever rumah tak ada orang! hmmm. Just give a break to the maid gak at least diaorg boleh juga tgk dunia luar. Yelah nak kurung je tak baik gak. At least give daddy semangat baru.
We reached rumah Abg Mail pukul 10.30am hehehhe dekat je. Duduk situ sampai pukul 12.30pm daddy siap makan semua baru balik. Yang penting dia happy. He requested nak pergi lagi. Boleh je tapi kena find time yang sesuai.
Petang tu pulak our helper pergi savekan our beloved cat sebab kaki dia gangrene. Cari Vet semua tutup last2 letak minyak gamat. Sian sangat tgk putra. He has been with us for 16 years. Punyalah lama kalau anak sendiri dah nak habis sekolah. Dia kucing yang baik dengar kata.
So that's how we spend our father's day. Hope people out there feel puas macam i rasa.
Monday, June 9, 2008
Najla sini...
Dia tak nak balik happy main dengan eusoff. Masa naik kereta siap ajak naik sama alahai.
Will upload her pictures with eusoff.
5 years already
Daddy sebahagian semangat mimi tapi bila daddy sakit macam ada satu nyawa dah ditarik dari mimi. Banyak benda yang tak dapat mimi share. Masa konvokesyen mimi daddy tak dapat saksikan, masa mimi nikah, masa mimi lahirkan eusoff, merasa naik kereta mimi and impiankan mimi kita pergi vacation the whole family together. Kita tak dapat... Masa along lahirkan adam dan farah daddylah tok yang paling happy. He wish that we was at nottingham.
Ini kuasa allah kita merancang tapi dia yang menentukan. Allah sayangkan daddy sebab dia takkan beri sesuatu itu kalau hambanya tak dapat tanggung. Setiap hari mimi berdoa agar allah ringankan kesakitan daddy dan mummy. Setiap hari mimi menangis dalam hati atau selepas sembahyang sebab tak tertanggung lihat penderitaan daddy dan mummy. Mimi insaf dan insya allah akan mencontohi mummy menjadi seprang isteri yang sangat setia dan sabar. Pengorbanan mummy pada daddy tak ternilai rasanya. Sanggup bekorban segalanya sosial life, wang ringgit, tenaga empat kerat dan segalanya. Jaga segalanya barang2 keperluan daddy, ubat2, schedule hospital, arrange apoinment. Kalau ikut oarang lain main serah je kat pembantu rumah buat everything but not mummy. She is almost perfect.
Dalam jangka masa 5 tahun ni kita yang sihat dan yang jaga daddy ni boleh menilai siapa kawan siapa sedara dan siapa yang benar2 ikhlas. Alhamdulillah daddy dapat jumpa ramai kawan2 lama dia, sedara mara yang dah lama tak jumpa, anak murid dia dan dapat lihat cucu 3 orang dia.
Pada yang masih ada bapa jagalah dia seperti dia menjaga masa masih merah lagi. Ingatlah tanpa dia kita tak wujud didunia. Mungkin dia garang, tak bertanggungjawab, lalai menjalankan tugas sebagai seorang yg bergelar bapa namun dari dia kita wujud. Hidup ni ada hukum karma.
Thursday, June 5, 2008
rm2.70 seliter
Petang tu hubby dah bagitau petrol naik pastuh dapat banyak sms dgn phone call. Apa lagi terus start enjin keta melilau cari petrol kiosk yang lenggang hampeh... berkira2 kalau tunggu gak langsung tak semayang maghrib so balik dululah ibadah dan rilexkan minda dulu pastuh pergi berjuang kuikuikuikui alhamdulillah petronas kat batu 3 okay sebab pekerja dia dah mahir menangani orang ramai nih so traffic tak delah sesak sangat. Isi full terus balik dengan hati yang gumbira cukuplah sampai akhir bulan nih insya allah. Tak bukak aircond bawa pun pelahan je punyalah nak jimat hahahahha. Ingat nak bawak kereta mummy lak. Bercadang nak amik kat bukit jelutong sebab alang2 nak g rumah kak yah tolong rahman kawen sekali sangkut kat round about petronas je 1/2 jam langsung give up. Terus g rumah kak yah dan tolong apa yang patut. Ingat nak balik kul 10 sekali terlanjak sampai kul 11 lebih. Petronas bukit jelutong still penuh orang so.. gamble g kat rumah punya sebelah tesco extra nampak macam lenggang sikit tapi masa tu tinggal lagi 15 minit nak kul 12 malam new rate! cuak gak.
Tapi dah rezeki kereta mummy dapat harga lama orang petronas tu bersungguh suruh g depan alhamdulillah dapat gak isi full. hehhehehehe
Pastuh orang belakang dah honk2 sebab tinggal lagi 3 minit nak kul 12 malam :D
Lepas ni tak tau nak jimat kat tang mana lagi...hmmmmmmm. Fikir2kan.
Our 2nd aniversary
ayang,
thank you sebab except mimi seadanya. You are the best buddy and a really great hubby. Hope our relationship will last long insya allah.
kita dah ada anak yang sgt comel ayg...:)
love,
mimi